Saturday, March 16, 2013

26 Kata Bijak Pepatah Arab

 

ﻣَﻦْ ﺳَﺎﺭَ ﻋَﻠﻰَ ﺍﻟﺪَّﺭْﺏِ ﻭَﺻَﻞَ-1 = Siapa berjalan di atas landasan maka akan sampai.

 ﻣَﻦْ ﺟَﺪَّ ﻭَﺟَﺪَ-2 = Siapa bersungguh-sungguh dia akan mendapat apa yang diingini.

 ﻣَﻦْ ﺻَﺒَﺮَ ﻇَﻔِﺮَ - 3 = Siapa yang sabar dia beruntung.

 ﻣَﻦْ ﻗَﻞَّ ﺻِﺪْﻗُﻪُ ﻗَﻞَّ ﺻَﺪِﻳْﻘُﻪُ - 4 = Siapa sedikit kejujurannya, sedikit temannya.

 ﺟَﺎﻟِﺲْ ﺃَﻫْﻞَ ﺍﻟﺼِّﺪْﻕِ ﻭَﺍﻟﻮَﻓَﺎﺀِ - 5 = Gaulilah orang yang mempunyai kejujuran dan tepat janji.

 ﻣَﻮَﺩَّﺓُ ﺍﻟﺼَّﺪِﻳْﻖِ ﺗَﻈْﻬَﺮُ ﻭَﻗْﺖَ ﺍﻟﻀِّﻴْﻖِ - 6 = Cinta pada teman itu, dapat dilihat pada waktu kesempitan.

 ﻭَﻣَﺎﺍﻟﻠَّﺬَّﺓُ ﺇِﻻَّ ﺑَﻌْﺪَ ﺍﻟﺘَّﻌَﺐِ - 7 = Tidak ada kenikmatan kecuali setelah kepayahan.

 ﺍﻟﺼَّﺒْﺮُ ﻳُﻌِﻴْﻦُ ﻋَﻠﻰَ ﻛُﻞِّ ﻋَﻤَﻞٍ - 8 = Kesabaran itu menolong setiap pekerjaan.

 ﺟَﺮِّﺏْ ﻭَﻻَﺣِﻆْ ﺗَﻜُﻦْ ﻋَﺎﺭِﻓًﺎ - 9 = Cuba dan perhatikanlah, nescaya kamu akan menjadi orang berilmu.

 ﺍُﻃْﻠُﺐِ ﺍﻟﻌِﻠْﻢَ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻤَﻬْﺪِ ﺇِﻟﻰَ ﺍﻟﻠَّﺤْﺪِ -  10 = Tuntutlah ilmu sejak dari buaian hingga liang lahad.

 ﺑَﻴْﻀَﺔُ ﺍﻟﻴَﻮْﻡِ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِﻦْ ﺩَﺟَﺎﺟَﺔِ ﺍﻟﻐَﺪِ - 11 = Telur hari ini lebih baik daripada ayam esok hari.

 ﺍﻟﻮَﻗْﺖُ ﺃَﺛْﻤَﻦُ ﻣِﻦَ ﺍﻟﺬَّﻫَﺐِ - 12 = Waktu itu lebih tajam daripada emas.

 ﺍﻟﻌَﻘْﻞُ ﺍﻟﺴَّﻠِﻴْﻢُ ﻓﻲِ ﺍﻟﺠِﺴِْﻢ ﺍﻟﺴَّﻠِﻴْﻢِ - 13 = Akal yang sihat itu ada pada badan yang sihat.

 ﺧَﻴْﺮُ ﺟَﻠِﻴْﺲٍ ﻓﻲِ ﺍﻟﺰَّﻣَﺎﻥِ ﻛِﺘَﺎﺏٌ - 14 = Sebaik-baik teman di setiap waktu adalah buku.

 ﻣَﻦْ ﻳَﺰْﺭَﻉْ ﻳَﺤْﺼُﺪْ - 15 = Siapa menanam, dia akan menuai.

 ﺧَﻴْﺮُ ﺍﻷَﺻْﺤَﺎﺏِ ﻣَﻦْ ﻳَﺪُﻟُّﻚَ ﻋَﻠﻰَ ﺍﻟﺨَﻴْﺮِ - 16 = Sebaik-baik sahabat adalah menunjukkan kepada kebaikan.

 ﻟَﻮْﻻَ ﺍﻟﻌِﻠْﻢُ ﻟَﻜَﺎﻥَ ﺍﻟﻨَّﺎﺱُ ﻛَﺎْﻟﺒَﻬَﺎﺋِﻢِ - 17 = Seandainya tidak ada ilmu nescaya manusia itu seperti binatang.

 ﺍﻟﻌِﻠْﻢُ ﻓﻲِ ﺍﻟﺼِّﻐَﺮِ ﻛَﺎﻟﻨَّﻘْﺶِ ﻋَﻠﻰَ ﺍﻟﺤَﺠَﺮِ - 18 = Ilmu di waktu kecil itu, laksana ukiran di atas batu.

 ﻟَﻦْ ﺗَﺮْﺟِﻊَ ﺍﻷَﻳﺎَّﻡُ ﺍﻟَّﺘﻲِ ﻣَﻀَﺖْ - 19 = Hari-hari yang telah berlalu itu tidak akan kembali.

 ﺗَﻌَﻠَّﻤَﻦْ ﺻَﻐِﻴْﺮًﺍ ﻭَﺍﻋْﻤَﻞْ ﺑِﻪِ ﻛَﺒِﻴْﺮًﺍ - 20 = Belajarlah di waktu kecil dan amalkanlah di waktu besar.

 ﺍﻟﻌِﻠْﻢُ ﺑِﻼَ ﻋَﻤَﻞٍ ﻛَﺎﻟﺸَّﺠَﺮِ ﺑِﻼَ ﺛَﻤَﺮٍ - 21 = Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah.

 ﺍﻻﺗِّﺤَﺎﺩُ ﺃَﺳَﺎﺱُ ﺍﻟﻨَّﺠَﺎﺡِ - 22 = Persatuan itu pangkal keberhasilan.

 ﻻَ ﺗَﺤْﺘَﻘِﺮْ ﻣِﺴْﻜِﻴْﻨًﺎ ﻭَﻛُﻦْ ﻟَﻪُ ﻣُﻌِﻴْﻨﺎً - 23 = Jangan menghina orang miskin tetapi jadilah penolong baginya.

 ﺍﻟﺸَّﺮَﻑُ ﺑِﺎﻷَﺩَﺏِ ﻻَ ﺑِﺎﻟﻨَّﺴَﺐِ - 24 = Kemuliaan itu kerana kebaikan budi pekerti bukan keturunan.

 ﺳَﻼَﻣَﺔُ ﺍﻹِﻧْﺴَﺎﻥِ ﻓﻲِ ﺣِﻔْﻆِ ﺍﻟﻠِّﺴَان - 25 = Keselamatan manusia itu adalah menjaga lidah.

 ﺁﺩَﺍﺏُ ﺍﻟﻤَﺮْﺀِ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِﻦْ ﺫَﻫَﺒِﻪِ - 26 = Kebaikan budi pekerti seseorang itu lebih baik dari pada emasnya.



Sahabat yang sejati

Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti. Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka. Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya, jangan engkau tinggalkan dia,kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus. Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian. Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjada teman,maka buatlah dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadai sahabat. Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu. Teman-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita,kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat. Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu. Kekayaan menarik sahabat-sahabatmu, kemiskinan menjadi penolaknya. Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok. Sahabat yang hebat lebih merbahaya daripada seteru yang berakal. Sahabat yang celaka itu sentiasa melalaikan kita, tetapi seteru yang celaka sentiasa mengingatkan kita.

Thursday, March 14, 2013

Kisah & Nasihat Imam Syafie Dalam Menuntut Ilmu Kisah Imam Syafie Menuntut Ilmu Imam Shafie merupakan salah seorang Imam Mazhab yang empat. Beliau mempunyai ketajaman akal dan kecerdikan yang luar biasa. Beliau telah menghafaz al-Quran seawal umur 9 tahun lagi. Setahun kemudian pula, beliau menghafal kitab al-Muwatta’ karangan Imam Malik. Beliau merupakan seorang yang sangat mencintai ilmu. Lantaran itu, pada satu hari beliau meminta izin daripada ibunya untuk keluar menuntut ilmu ke Madinah. Ia merupakan kali pertama Imam Shafie keluar daripada tempat kelahirannya, Makkah dan mengembara untuk meluaskan ilmu. Apabila tiba di Madinah, beliau terus menuju ke Masjid Nabawi dan menunaikan solat sunat dua rakaat. Setelah selesai solat, beliau terpandang satu Majlis ilmu yang disampaikan oleh seseorang yang sangat hebat dalam masjid tersebut. Orang tersebut sedang bersyarah di hadapan begitu ramai anak-anak muda yang kesemuanya khusyuk mendengarnya. Orang itu ialah Imam Malik yang sedang mengajar murid-muridnya tentang hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Dengan langkah yang tertib, Imam Shafie terus menuju ke tempat Imam Malik dan duduk bersama murid-murid beliau. Imam Shafie lantas mengambil sebatang lidi lalu membasahkannya dengan air liur. Beliau menulis segala apa yang diajar oleh Imam Malik tersebut di atas tapak tangannya. Tanpa di sedari, Imam Malik memerhati segala tingkah lakunya. Selesai pengajian, Imam Malik pun memanggil Imam Shafie untuk menegur beliau. Sangkanya Imam Shafie berbuat perkara kurang sopan ketika belajar. Imam Malik bertanya kepada Imam Shafie, “Apakah kamu berasal dari Makkah”. Jawab Imam Shafie, “Benar”. Imam Malik kemudian bertanya, “Mengapakah engkau bermain-main dengan lidi dan air liurmu semasa aku sedang mengajar?”. Jawab Imam Shafie, “Maaf tuan. Sebenarnya saya tidak bermain-main. Oleh kerana saya tidak ada kertas dan pena, segala yang tuan ajar saya tulis di atas tapak tangan saya dengan menggunakan lidi dan air liur untuk saya menghafalnya”. Apabila Imam Malik membelek-belek tangan Imam Shafie, beliau tidak menjumpai sebarang tulisan pun. Beliau terus berkata, “Tetapi kenapa tapak tangan engkau ni kosong sahaja”. Kata Imam Shafie, “Benar tuan. Namun demikian tuan, saya telah pun menghafal semua hadis-hadis yang tuan riwayatkan itu”. Setelah beliau disuruh membaca apa yang dihafalnya, Imam Malik mendapati tidak ada satu hadis yang tinggal daripada 20 hadis yang diajar hari itu. Perkara yang aneh ini belum pernah terjadi sebelumnya. Imam Malik begitu tertarik hati dengan kebijaksanaannya. Semenjak peristiwa itu, Imam Shafie dijemput untuk menetap di rumah Imam Malik sebagai tetamu sekali gus menuntut ilmu dengan Imam Malik. Selama 18 bulan Imam Shafie berguru dengan Imam Malik. Hatinya yang terang memudahkan beliau memahami dan menghafal kitab al-Muwatta’. Sehingga akhirnya, murid kesayangan Imam Malik ini sering diberi penghormatan bersyarah dan mengajar murid-murid yang lain. Pengajaran: 1.Diperhatikan kehadiran Imam Shafie yang sedikit lewat dalam majlis ilmu Imam Malik telah sedikit sebanyak mengganggu perhatian Imam Malik untuk menyampaikan ilmu sepenuhnya. Lantaran itu, dalam menuntut ilmu sebaik-baiknya biarlah berada di dalam majlis seawal mungkin dan tepat pada masanya kerana sesungguhnya ilmu itu ditunggu dan bukannya menunggu. Hal ini juga dapat mengelak daripada penyampai ilmu dan penerima ilmu yang berada dalam majlis merasa terganggu dengan keterlewatan kita itu. 2. Dalam majlis ilmu, tumpuan perhatian yang sepenuhnya perlu diberikan kepada penyampaian ilmu. Apa sahaja perlakuan yang tidak berkaitan seharusnya dielakkan. Perlakuan Imam Shafie sahaja yang sedang mencatat isi pengajaran kuliah Imam Malik dengan menggunakan lidi dan air liur di atas tapak tangan pun sudah begitu mengganggu tumpuan Imam Malik untuk mengajar apatah lagi sekiranya ada anak-anak murid yang bercakap-cakap atau melakukan hal-hal lain yang tidak berkaitan semasa pengajaran. 3. Seorang pendidik yang baik akan mengenal pasti kebolehan dan keistimewaan anak muridnya dalam mendidik, agar dengan itu proses pendidikan dapat dilakukan dengan tepat, sesuai dengan kebolehan dan keupayaan murid tersebut. Menyedari kemampuan dan keistimewaan Imam Shafie, Imam Malik terus mengajak Imam Shafie ke rumah beliau untuk terus dididik dan dipertajamkan kebolehannya sehingga akhirnya ilmu tersebut dapat dimanfaatkan untuk kebaikan umat. Nasihat Imam Syafie Imam al-Syafie tokoh ilmuan yang terkenal dengan ketekunan dalam menuntut ilmu, penegak sunnah, penegak kebenaran dan imam besar dalam bidang fekah. Beliau banyak meninggalkan kata-kata nasihat yang boleh dijadikan panduan kepada para pelajar. Antaranya ialah : 1. Imam al-Syafie pernah bersyair: Aku mengadukan kepada Waki’ (guru beliau) tentang buruknya hafalan Maka beliau membimbingku untuk meninggalkan perbuatan maksiat Dan berkata, ‘Ketahuilah bahwa ilmu adalah cahaya Dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat’ 2.Beliau Berkata : Barangsiapa ingin agar Allah membukakan hatinya atau meneranginya, maka dia harus meninggalkan pembicaraan yang tidak bermanfaat, meninggalkan dosa-dosa, menghindari perbuatan-perbuatan maksiat dan menyembunyikan amalan yang dikerjakan antara dia dan Allah. Jika dia mengerjakan hal tersebut, maka Allah akan membukakan ilmu baginya yang akan menyibukkan dia dari yang lainnya. Sesungguhnya dalam kematian terdapat perkara yang menyibukkan.” Antara pengajaran yang boleh diambil daripada nasihat Imam al-Syafie ialah : 1. Menghindari maksiat kerana maksiat merupakan hijab atau penghalang untuk mendapat ilmu. Hati yang dicemari dengan dosa tidak akan dapat menyimpan ilmu yang bermanfaat. 2. Meninggalkan percakapan atau aktiviti-aktiviti yang sia-sia. Sesungguhnya masa itu amat berharga bagi seorang pelajar. 3. Melakukan amalan-alaman sunat secara tersembunyi dan tidak diketahui oleh sesiapapun. Ini antara cara untuk ikhlas dalam beramal soleh. 4. Orang yang mendapat bimbingan Allah sentiasa menghabiskan masanya dengan ilmu dan amalan yang berfaedah untuk dunia atau akhiratnya. 5. Orang yang berilmu juga hendaklah selalu mengingati mati kerana mati itu akan menyibukkan seseorang itu dengan perkara yang bermanfaat untuk kehidupannya selepas mati. Azhan: Sebut sahaja kisah peradaban Islam zaman silam, pasti ramai yang merinduinya, kehebatan kerajaan khilafah yang pernah menguasai sepertiga dunia, suatu masa lampau. Apakah tips dan resipi kejayaan zaman itu? Segalanya perlu bermula dengan kehebatan dan keagungan ilmu pengetahuan. Turunnya wahyu pertama kepada baginda nabi, sudah menjelaskan betapa pentingnya menuntut ilmu

كرتون ماليزيه رمضان : اوبين و إبين

http://youtu.be/j2klPm5diEw

Saturday, March 9, 2013

SAFA KHALUSI : SEORANG PENTERJEMAH


   

BismillahirRahmanirRahim



Safa Khulusi

SAFA KHALUSI

SSafa Abdul-Aziz Khulusi (1917–1995) was an Iraqi historian, novelist, poet, journalist and broadcaster. He is known for mediating between Arabic- and English-language cultures, and for his scholarship of modern Iraqi literature. He is also remembered for his theories on Arabic grammar, on Shakespeare, as well as his role in Islamic education and his work on the poetry of al-Mutanabbi.

Takrif yang dikemukakan oleh Safa' khalusi(2000:14) berbunyi : 
الترجمةُ فَنٌ جميلٌ يعني بنقلِ ألفاظِ ومعانِ وأساليب مِن لغةٍ الى أخرى بحيثُ أَنَّ المُتكَلِّمَ باللغةِ المُترجِم اليه يتبينُ بوضوحٍ ويشعرُ بها بقوةٍ كما ويشعرُ به   المُتكلِّمُ باللغةِ 
TUGAS PENTERJEMAH BUKANLAH TUGAS YANG MUDAH.
PENTERJEMAH PERLU MELENGKAPKAN DIRI
DENGAN PELBAGAI SYARAT
DAN KEBOLEHAN SEBELUM BERUPAYA
MENTERJEMAH SESEBUAH TEKS DENGAN BAIK !!!


ANTARA KRITERIA DAN SYARAT SEORANG PENTERJEMAH :


  • MENGETAHUI BAHASA SUMBER  !!
  • MENGETAHUI BAHASA SASARAN   !!
  • MENGETAHUI TOPIK /SUBJEK Y DITERJEMAHKAN  !!
  • MENGETAHUI TEORI TERJEMAHAN   !!
  • MENGETAHUI SASARAN/KHALAYAK PEMBACA  !!
.......................
.........................................................
                       ..............
SYARAT TAMBAHAN :

  1. BERFIKIRAN TERBUKA
  2. INGATAN Y BAIK
  3. MINAT Y MENDALAM
  4. BOLEH BEKERJA SENDIRI
  5. TIDAK MALU BERTANYA
  6. JUJUR DAN AMANAH                                                                                                              







                                                                                                                                     

Friday, March 8, 2013

ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU

 pErKaRa uTaMa YaNg KiTa PeRLu tAHu daLaM mEnUnTuT iLmU.....

ADAB-ABADNYA....


1. Ikhlas karena Allah.


“Barangsiapa yang menuntut ilmu yang pelajari hanya karena Allah sedang ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata-benda dunia, ia tidak akan mendapatkan bau sorga pada hari kiamat”.( HR: Ahmad, Abu,Daud dan Ibnu Majah)


2.Untuk menghilangkan kebodohan dari dirinya dan orang lain.


“Sampaikanlah dariku walupun cuma satu ayat (HR: Bukhari)Imam Ahmad berkata: Ilmu itu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar. Para muridnya bertanya: Bagaimanakah yang demikian itu? Beliau menjawab: ia berniat menghilangkan kebodohan dari dirinya dan dari orang lain. 


3. Berniat dalam menuntut ilmu untuk membela syari’at.


Kedudukan syari’at sama dengan pedang kalau tidak ada seseorang yang menggunakannya ia tidak berarti apa-apa. Penuntut ilmu harus membela agamanya dari hal-hal yang menyimpang dari agama, sebagaimana tuntunan yang diajarkan Rasulullah Shallallahu ’Alaihi wa Sallam. 

4. Lapang dada dalam menerima perbedaan pendapat.


Hendaknya penuntut ilmu menerima dengan lapang dada selama perbedaan itu pada persoalaan ijtihad, bukan persoalaan aqidah, karena persoalaan aqidah adalah masalah yang tidak ada perbedaan pendapat di kalangan salafush shalih. Berbeda dalam masalah ijtihad, perbedaan pendapat telah ada sejak zaman shahabat, bahkan pada masa Rasulullah Shallallahu ’Alaihi wa Sallam masih hidup. Karena itu jangan sampai kita menghina atau menjelekkan orang lain yang kebetulan berbeda pandapat dengan kita. 


5. Mengamalkan ilmu yang telah didapatkan.


Termasuk adab yang tepenting bagi para penuntut ilmu adalah mengamalkan ilmu yang telah diperoleh, karena amal adalah buah dari ilmu, baik itu aqidah, ibadah, akhlak maupun muamalah. Karena orang yang telah memiliki ilmu adalah seperti orang memiliki senjata. Ilmu atau senjata (pedang) tidak akan ada gunanya kecuali diamalkan (digunakan). 


6. Menghormati para ulama dan memuliakan mereka.


Penuntut ilmu harus selalu lapang dada dalam menerima perbedaan pendapat yang terjadi di kalangan ulama. Jangan sampai ia mencela ulama yang keliru di dalam memutuskan suatu masalah, karena akan mendatangkan dosa besar. 


7. Mencari kebenaran dan sabar


Ketika sampai kepada kita sebuah hadits misalnya, kita harus meneliti lebih dahulu tentang keshahihan hadits tersebut. Kita harus sabar, jangan tergesa-gasa, jangan cepat merasa bosan atau keluh kesah. Jangan mempelajari setengah-setengah, belajar satu kitab sebentar lalu ganti lagi dengan kitab yang lain. Kalau seperti itu kita tidak akan mendapatkan apa dari yang kita tuntut.


SALAM PEMBUKA BICARA....

Assalamualaikum dan Selamat Mengunjungi Blog kami..

Alhamdulillah, dengan terhasil nya blog ini, kami akan berkongsi dengan kawan-kawan semua apa yang berkaitan dengan pembelajaran kita iaitu mengenai Terjemahan Arab Melayu Arab. Dengan info-info yang ada di harap kawan-kawan dapat mengambil manfaat bersama dan boleh berkongsi jika ada yang terkurang..Selamat membaca dan selamat maju jaya!!