Tuesday, May 28, 2013

ALAT BANTU TERJEMAHAN





KAMUS

DEFINISI KAMUS
- Merupakan sejenis buku rujukan yang menerangkan maksud perkataan, yang berfungsi untuk membantu para pengguna mengenal perkataan baru, mempunyai panduan sebutan, asal sesuatu perkataan. contohnya penggunaan bagi sesuatu perkataan dan ada kalanya terdapat juga ilustrasi untuk menguatkan pemahaman pengguna.

JENIS-JENIS KAMUS

  • Kamus Ekabahasa : iaitu menggunakan satu bahasa ( kata-kata entri dan penjelasannya yang terdiri daripada bahasa yang sama). Selain itu, penyusunannya dibuat berasakan pembuktian data korpos yakni takrifan makna yang dibuat berdasarkan makna yang diberi dalam contoh ayat. Contohnya Kamus Dewan dan Kamus al Wasit. 
  • Kamus Dwibahasa : iaitu kamus yang menggunakan dua bahasa yakni kata masukan diberi padanan atau pemerian takrifnya dengan menggunakan bahasa lain seperti Kamus Besar Arab- Melayu Dewan dan Kamus Al -Marbawi.  
  • Kamus Aneka Bahasa/ Multi Bahasa : ia menggunakan sekurang-kurangnya tiga bahasa. Misalnya : Kamus Melayu- Cina- Inggeris yang menggunakan susunan Yuen Boon Chan (2004). 

  • Kamus Mini : pada zaman sekarang agak susah ditemui dan dikenali dengan nama kamus saku dan tebalnya kurang daripada 2cm. 
  • Kamus Kecil : bersaiz kecil dan biasa ditemui serta mudah dibawa. Contohnya : Kamus Dwibahasa Oxford Fajar ( Inggeris- Melayu, Melayu- Inggeris). 
  • Kamus Besar : saiznya besar dan tidak sesuai dibawa kemana-mana. Biasanya memuatkan segala leksikal yang terdapat dalam satu-satu bahasa, contohnya Kamus Besar Arab-Melayu Dewan. 


KENAPA KAMUS DIPERLUKAN ??

  1. Kamus boleh membantu penterjemah mencari padanan kata yang tidak diketahui.
  2. Ada kalanya penterjemah tidak dapat mencari padanan makna sesuatu kata daripada kotak memorinya. Oleh itu, dia perlu merujuk kamus.
  3. Berhadapan dengan perkataan yang berkait dengan bahasa linguistik.
  4. Berhadapan dengan perkataan yang berkait dengan budaya dan adat resam.

Sunday, May 26, 2013

Masalah Semantik dalam Terjemahan



a. Ketepatan makna
    - Ia berkaitan dengan ciri-ciri makna ( Teori Ciri Pembentukan makna )
    - Contohnya perkataan :
      o الدين ، الثقافة ، الصلاة
      o الوسواس الخناس
      o خلق الإنسان من علق
      o مثقال ذرة
      o pendekar

b. Perbezaan perluasan atau penyempitan makna, contohnya:
    - perkataan طويل untuk panjang dan tinggi
    - perkataan مكتبة untuk perpustakaan, kedai buku dan bilik/koleksi buku

c. Perbezaan penggunaan dalam konteks ayat/kolokasi/kesesuaian perkataan,
    contohnya:
    - ungkapan ارزقني فهما diterjemahkan sebagai berikanlah kefahaman
      ( asalnya rezekikanlah kefahaman).
    - ungkapan هادم اللذات diterjemahkan sebagai menghilangkan kenikmatan
      ( asalnya ialah membinasakan kelazatan )

d. Perbezaan pendetailan klasifikasi/peringkat, contohnya:
    - perkataan: التمر ، الرطب ، البلح untuk kurma
    - perkataan : padi, beras, antah, nasi untuk أرز
    - perkataan: الفنجان ، الكأس ، الكوب untuk cawan/gelas
      الإشارة ، الإيحاء ، الرمز -
    - Dalam bahasa Melayu banyak perkataan digunakan untuk makna dan cara
      membawa seperti: angkat, pikul, junjung, kendong, bimbit, dukung, galas dan
      julang. gonggong dan sebagainya.


e. Perkataan sensitif/taboo/lucah/kasar/pantang larang, contohnya:
    - perkataan الخترير untuk babi
    - perkataan المعوقون untuk orang cacat/istimewa


f. Perbezaan penggunaan perkataan dalam kontek sosial, contohnya:
   - perkataan: الزوجة ، العقيلة ، الحرمة untuk isteri
   - perkataan: saya, patek, beta, hamba untuk أنا

g. Homonim, contohnya:
   - perkataan: العين untuk mata air, zat, spy, senator
   - perkataan : المولى untuk tuan dan hamba
   - أرأيت : untuk melihat dan berpendapat

h. Sinonim, contohnya:
    -المطر ، الغيث : untuk hujan
    - الخال ، العم : untuk bapa saudara

i. Istilah, contohnya:
  -الرئيس الأميركي
  -الزعيم السوفيتي
  -وزير الخارجية الأميركي

j. Gelaran, contohnya:
                                                                                                                               رضي الله عنه ، رحمه الله-  
   - Yang Berhormat, Yang Berusaha
   - Bawang Putih Bawang Merah, Pak Belang

k. Ungkapan yang menggambarkan perasaan, contohnya:
                                                                                                                        ويلك ، ثكلتك أمك ، بالله عليك -
    - oh, cis, celaka


Jenis-Jenis Makna


 a. Makna Asas/Pokok
     - Ia merupakan makna leksikal/mu`jami yang digunakan dalam komunikasi.

b. Makna Sampingan
    - Ia merupakan makna yang difahami dengan cara tidak langsung.
    - Ia berkait dan berubah mengikut thaqafah, masa dan pengalaman.
    - Contohnya perkataan wanita untuk makna pandai masak, pakaian tertentu dan
      sebagainya.

c. Makna Uslubi
    - Ia berkaitan dengan sosial, kawasan dan tahap sesuatu seperti pengkhususan,
       hubungan dan sebagainya
    - Contohnya penggunaan perkataan: emak, mami dan ummi

d. Makna Psikologi
    - Ia bersifat peribadi seperti perlambagangan oleh sasterawan.

e. Makna Iha’i
    - Ia mungkin berkaitan dengan kesan bunyi suara yang dikenali onomatopoeia
       seperti خرير
    - Ia mungkin berkaitan dengan kesan morfologi seperti زلزل
    - Ia juga mungkin berkaitan dengan kesan makna seperti perkataan sensitif.

Teknik/Cara Umum Terjemahan



- Membaca teks keseluruhan dengan teliti

- Merujuk kamus-kamus dan glosari

- Menterjemah setiap ayat secara berasingan

- Mencari kata penghubung

- Membaca semula teks terjemahan secara menyeluruh

- Mengelakkan daripada membuang, meringkas dan memendekkan ayat

- Berhati-hati dalam memilih perkataan dan ayat

Friday, May 24, 2013

JENIS TERJEMAHAN


a. Terjemahan Harfiah
    - Ia bermaksud terjemahan perkataan demi perkataan dari sudut kosa kata, sarf,
       nahu, dan uslub serta kadar ayat.
    - Kesannya menyalahi struktur ayat bahasa sasaran, kesamaran makna dan
       kesilapan.
    - Banyak berlaku dalam terjemahan buku-buku agama pada zaman dahulu.

b. Terjemahan Setara
     - Ia bermaksud pemindahan yang lengkap (sama)/ hampir lengkap (sama)
       terhadap isi dan bentuk. Penterjemah akan menyesuaikan terjemahannya
       mengikut bahasa sasaran dan berusaha menyusun semula ayat yang mirip dan
       hampir dengan ayat bahasa sasaran.
    - Penterjemah akan menggunakan perubahan nahuan, leksikal, uslub dan
       balaghah dalam keadaan ketiadaan kesepadanan.
    - Tahap kesamaan dengan teks asal adalah tinggi dari sudut bentuk dan isi
      dengan memelihara kaedah bahasa.
    - Contohnya :
      من توصيات المؤتمر رفض تجاهل حقيقة الإسلام الناصعة وروحه الجلية
      وما يدعو إليه من مبادئ سامية وقيم فاضلة من الرحمة والسلام ..
      Antara resolusi persidangan adalah menolak sikap sengaja tidak mahu
      mengakui hakikat Islam dan semangatnya yang amat jelas serta
      prinsip-prinsip dan nilai-nilai murni yang dianjurkannya seperti belas
      kasihan, keamanan…

c. Terjemahan Makna
    - Mengikut Nida ia bermaksud penyalinan semula maklumat ke dalam bahasa
      penerima daripada bahasa sumber dalam bentuk persamaan terdekat dan
      bersahaja. Penterjemah akan melakukan terjemahan makna atau ayat demi
      ayat. Dia akan membaca sesuatu ayat dan cuba memahaminya dan kemudian
      akan menterjemahkannya dengan gaya bahasanya tersendiri.
   - Contohnya:
      .. وتبادل المؤتمرون وجهات النظر والآراء حول تلك الأفكار
      التي لم تتضمنها أوراق العمل ، ويوصون بما يلي : ....
      …. Perkara-perkara lain yang tidak termasuk di dalam kertas
      kerja yang dibentangkan turut dibincangkan seterusnya
      membuat resolusi seperti berikut: ….

d. Terjemahan Bebas
    - Ia bermaksud terjemahan makna am dan isi kandungan teks tanpa sebarang
       kongkongan atau mengambilkira perkataan dan struktur bentuk ayat asal.
    - Kesannya terdapat penambahan, pengurangan, penyimpangan makna serta
      ayat yang panjang.

      Mungkin teknik terjemahan yang baik ialah teknik setara yang didasarkan kepada
      terjemahan harfiah pada asalnya.

Thursday, May 23, 2013

Syarat Penterjemah


a. Menguasai bahasa sumber/teks
    - Dari aspek makna leksikal
    - Dari aspek makna sarfi dan makna nahwi.
    - Dari aspek uslub dan selok belok/lenggang/susur galur bahasa serta balaghah.
    - Tanpa menguasai aspek-aspek ini akan berlaku kesilapan, kekurangan atau
       penambahan dalam terjemahan.
b. Menguasai bahasa sasaran
    - Dapat mengolah dalam bahasa yang jelas, mudah difahami, mantap struktur
       ayat, tiada kesamaran dan tiada kesalahan bahasa.
    - Tidak berbau terjemahan.
    - Tanpa menguasai bahasa sasaran akan berlaku kesamaran dan struktur ayat
       yang tidak mantap dan kadang-kadang berubah makna.
       o أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
       o لا إكراه في الدين
c. Menguasai/mengetahui bidang yang diterjemahkan
    - Khususnya dalam bidang professional dan teknikal.
    - Mengetahui konsep istilah-istilah bidang yang diterjemahkan.
d. Memiliki pengetahuan am.

    - Ia merangkumi peristiwa semasa, suasana politik, ekonomi, geografi, budaya
      dan adat serta sejarah.
e. Amanah
    - Tidak menambah, membuang, meringkas atau memendekkan maksud teks asal.
    - Penambahan perkataan untuk menjadikan sesuatu ayat betul tata bahasanya dan
      tidak membawa makna baru dibenarkan seperti.
      o ( ( أكثروا من ذكر الموت ، فإنه يمحص الذنوب ويزهد في الدنيا
          …… menjadikan seseorang itu zuhud di dunia

Definisi Dan Ciri Terjemahan



- Menurut Kamus Dewan perkataan terjemahan bermaksud (memindahkan
  daripada suatu bahasa kepada bahasa yang lain)

- Dalam bahasa Arab pula terjemahan disebut sebagai tarjamat . Menurut Hakim
   bin Zainal perkataan tarjamah ini mempunyai tiga makna:

   a. Pentafsiran dan penerangan dengan bahasa yang sama dan ia disebut sebagai
       tafsir.
   b. Pentafsiran dan penerangan dengan bahasa yang lain dan ia disebut sebagai
       terjemah tafsir.
   c. Memindahkan dari satu bahasa ke bahasa lain. Ia terbahagi kepada dua:
       terjemahan harfiah dan terjemahan makna. Makna ketiga inilah yang
       dimaksudkan tetapi ia masih bersifat umum .

-  Ada yang mendefinisikan terjemahan sebagai proses mengubah hasil
   percakapan/teks dalam sesuatu bahasa kepada hasil percakapan/teks dalam bahasa
   yang lain dengan memelihara isi kandungannya, iaitu makna. Apa yang
   ditekankan ialah aspek makna yang harus dipelihara antara bahasa teks
   terjemahan dan sasaran dengan kata lain aspek ketepatan/kesamaan/kesepadanan
   isi semaksima yang mungkin. Dalam konteks perkataan teori Ciri Pembentukan
   Perkataan boleh diaplikasikan dan diketengahkan.

- Aspek bentuk dan bahasa harus diberi penekanan . Kesepadanan bentuk menuntut
  membina gaya bahasa yang paling hampir dengan gaya bahasa teks asal. Teks
  sastera harus menampakkan kesusasteraannya. Kesepadanan bentuk boleh
  memberi persamaan reaksi.

- Definisi yang agak lengkap ialah pemindahan dari satu bahasa ke satu bahasa
  yang lain dengan memelihara kesepadanan makna dan bentuk yang boleh
  melahirkan persamaan reaksi.

- Terjemahan bukanlah satu kaedah yang statik, bahkan ia merupakan satu seni, cita
   rasa dan satu kemampuan mencipta serta mengadaptasikan teks terjemahan dari
   segi inspirasi dan isinya. Ia merupakan satu proses membina dan menstruktur
   semula teks secara menyeluruh. Contohnya:

o لم يقع الزمخشرى فيما وقع فيه سواه من المفسرين من الاغترار بالقصص الإسرائيلية
   Zamaksyari tidak seperti pentafsir-pentafsir lain yang tertipu/terpengaruh
   dengan cerita- cerita Israiliyat .

o فالجهل كالداء والكشاف كالشافى
   Kejahilan itu bak penyakit dan Kasyafku bagai penawarnya.

o وعاش الزوجان الطيبان فى حياة صالحة منح كل منهما للآخر مظاهر الحب والثقة
   Hiduplah sepasang suami isteri yang baik itu dalam kehidupan yang
   harmoni , saling sayang-menyayangi dan percaya-mempercayai.

o أنا أغنى الشركاء عن الشركة
  Aku adalah zat yang pantang disekutui



Sunday, May 5, 2013

mutiara kata..:)


http://www.miftakh.com/2011/09/mutiara-kata-bahasa-arab-dan-artinya.html

1. فهب لي توبة واغفر ذنوبي # فإنّك غافر الذنب العظيم

Maka berilah aku taubat (ampunan) dan ampunilah dosaku, sesungguhnya engkau Maha Pengampun dosa yang besar

2. ذنوبي مثل أعداد الرمال # فهب لي توبة ياذاالجلال

Dosaku bagaikan bilangan pasir, maka berilah aku taubat wahai Tuhanku yang memiliki keagungan
3. وعمري ناقص في كلّ يوم # وذنبي زائد كيف احتمالي

Umurku ini setiap hari berkurang, sedang dosaku selalu bertambah, bagaimana aku menanggungnya

4 . إلهي عبدك العاصي أتاك # مقرّا بالذنوب وقد دعاك

Wahai, Tuhanku ! Hamba Mu yang berbuat dosa telah datang kepada Mu dengan mengakui segala dosa, dan telah memohon kepada Mu

5 . فإن تغفر فأنت لذاك أهل # فإن تطرد فمن نرجو سواك

Maka jika engkau mengampuni, maka Engkaulah yang berhak mengampuni,
Jika Engkau menolak, kepada siapakah lagi aku mengharap selain kepada Engkau?


6 . في أيّ أرض تطأ فأنت مسؤول عن إسلامها

Di manapun anda berada, maka anda bertanggung jawab terhadap keislamannya


7. المحافظة على القديم الصالح والأخذ بالجديد الأصلح

Melestarikan (nilai-nilai) lama yang relevan dan mengadopsi (metode) baru yang lebih relevan

8. الدهر يومان : يوم لك و يوم عليك

Masa itu ada dua : saat kebahagiaan dan saat kesedihan
9. من عرف لغة قوم سلم من مكرمهم

Barang siapa menguasai bahasa suatu kaum, maka ia akan selamat dari tipu daya mereka

10. الحقّ يعرف بالدليل لا بالقليل ولا الكثير

Kebenaran itu harus berdasarkan wahyu dan bukti, bukan karena sendikit atau banyaknya (yang melakukan/mengikuti)

11. ومن طلب العلى سهر الليالى

Barang siapa yang mencari ketinggian derajat, hendaklah ia qiyamullail (sholat malam)
12. الإسلام يعلو ولا يعلا عليه

Islam itu agama tertinggi dan tidak ada yang bisa menandinginya
13 . ليس منّا من لم يرحم صغيرنا ولم يوقّر كبيرنا

Bukanlah termasuk golongan kami (umat Nabi Muhammad SAW), orang yang tidak menyanyangi yang muda dan tidak menghormati yang tua. 

14. العلم في الصغر كالنقش على الحجر

Belajar diwaktu kecil itu, bagaikan mengukir di atas batu

15 . العقل السليم في الجسم السليم

Akal yang sehat itu terletak pada badan yang sehat


by~ irah

Saturday, May 4, 2013

mempelajari bahasa arab



UNTUK MEMPELAJARI BAHASA ARAB, KITA SEHARUSNYA TAHU BEBERAPA PERKATAAN ASAS SEBELUM PERGI LEBIH JAUH. BERIKUT SAYA SERTAKAN BEBERAPA PERKATAAN SENANG UNTUK DIINGATI SEBELUM KE PERKATAAN YANG SUSAH.

INI ADALAH BARANG-BARANG YANG ADA DI DAPUR


INI ADALAH GAMBAR UNTUK MEMBEZAKAN ANTARA HURUF "  ت " ط  "




INI ADALAH JENIS PENGANGKUTAN DI DARAT DAN UDARA


OKEY SAHABAT-SAHABATSEKALIAN, SELAMAT MEMPELAJARI BAHASA ARAB SEMUDAH  ا ب ت