Saturday, March 16, 2013

Sahabat yang sejati

Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti. Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka. Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya, jangan engkau tinggalkan dia,kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus. Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian. Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjada teman,maka buatlah dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadai sahabat. Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu. Teman-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita,kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat. Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu. Kekayaan menarik sahabat-sahabatmu, kemiskinan menjadi penolaknya. Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok. Sahabat yang hebat lebih merbahaya daripada seteru yang berakal. Sahabat yang celaka itu sentiasa melalaikan kita, tetapi seteru yang celaka sentiasa mengingatkan kita.

No comments:

Post a Comment